Dear Readers , Welcome To ZieZieQ's Official Blog . Do Respect Me As The Owner . You Follow Me , I Will Follow You Back . Mind Your Manners And Your Words . Thank You And Enjoy Reading

Ikut !

Monday, August 1, 2011

Satu Ketika Dahulu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

 ini TAKOYAKI . pernah makan ? sekarang kat batu pahat dah senang nak dapat lorh sebab kat BPMall dah ada juga . tak perlu susah susah lagi nak cari . Takoyaki adalah makanan Jepun yang berbentuk bulan diperbuat daripada bater dan didalamnya terdapat inti sama ada octopus , pickled ginger atau banyak lagi tapi sekarang dah macam macam inti dia macam crab , hotdog , ham . memang sedap kalau ada dashi . dashi tuh apa ? cari sendiri sebab aku pun tak paham apa yang wikipedia terangkan kat aku . HIHO :)

line streamyx baru je okay oh . alhamdulillah . sebenarnya semalam okay tapi semalam sangat lah tidak diizinkan masa dan kesempatan itu untuk update blog ni . err , aku akui lah bahawa aku sedikit ketinggalan dalam dunia bloggers ni . sebab sekarang aku macam takde mood pun nak update blog sangat . berbeza satu masa dahulu . saat aku punya satu blog yang aku sayang . yang aku aktif dan rajin berBW . tapi itu semua cerita satu masa dahulu . sekarang ? semuanya lain :)

satu ketika dahulu ,
aku pelajar hingusan . di sebuah sekolah di mana semua studentnya perempuan . yeah , berbaju kurung . bertudung litup , berpinafore (betul ke eja) . dulu aku pelajar yang selalu jadi tumpuan . kenapa ? kerana kedegilan aku . yea , aku pelajar nakal itu . nama disebut di pejabat . aku pernah masuk kamar pengetua kerana telefon bimbit , keluar masuk bilik kaunseling perkara biasa . tapi itu semua satu ketika dahulu . kini ? semua berbeza .

satu ketika dahulu ,
aku sering terpinggir . kerana sikap ku barangkali . sikapku menjadi punca amarah kedua ibu bapaku . sikapku yang menjadi punca perbualan oleh guru guru . sikapku menjadi punca keretakan sebuah perhubungan persahabatan . sikap ku yang satu itu . sikap hanya sambil lewa . aku tidak peduli apa kata mereka . aku hanya aku yang tidak akan berubah menjadi kau . aku tetap aku walau segigih mana aku mencuba untuk berubah . kini ? semua berbeza .

satu ketika dahulu ,
aku selalu berburuk sangka . aku paranoid . namun , tidak semua benda . kadangkala aku rasa sikap itulah yang patut ada . sebab , bila aku berbaik sangka , perkara sebaliknya akan berlaku . salahkah aku ? hanya ingin kepercayaan dalam sebuah persahabatan . aku pernah diumpat . aku pernah dibenci . aku pernah dihina . tapi itu semua dahulu . wajar kah perkara itu berulang lagi seiring dengan perederan masa yang kian menenggelamkan tampuk pemikiran lama ?

satu ketika dahulu ,
aku lembut hatinya . sering menjadi mangsa sebuah perhubungan dinamakan percintaan . menjadi mangsa penipuan malah sering tersilap dalam memilih . jodoh untuk setiap orang tetap ada tapi kita perlu berusaha mencarinya . salah aku untuk mencari teman hidup yang sesuai ? ahh , itu semua dahulu . kini ? semua berbeza . aku tidak lagi lembik hati untuk termakan pujuk rayu insan bergelar Adam . aku kini aku yang punya impian yang lebih besar . aku ingin menjadi kebanggaan kedua orang tua aku :)

satu ketika dahulu ,
aku lah gadis itu . gadis yang dilihat tabah pada luaran , namun malamnya ditemani tangisan . gadis yang selalu berangan angan kehidupan di luar amat menyeronokkan . namun , semua berbeza . kehidupan di universiti tak seindah yang disangka . kehidupan yang sebenarnya memerlukan kekuatan mental . yea , selalu bermain emosi . kini ? aku rindukan zaman itu . zaman hingusan yang diperlekehkan pada masa dahulu . aku hanya mampu diam .

kini aku sedar . kadangkala kita perlu sedar di mana letaknya diri kita dalam hidup kawan kita sendiri :) hidup ini janganlah diharapkan seindah impian . sebab hidup tak selalunya indah kan ? well , pengalaman mematangkan kita . jadi tidak ada salahnya mencuba sesuatu yang baru . hidup yang bahagia sering didambakan oleh semua orang . namun tak semua orang berjaya kecapinya . tidak perlu ketawa untuk nampak bahagia . tidak perlu tangisan untuk nampak kecewa . hiduplah pada hari ini umpama tiada esok bagi kita :)

p/s : suka satu skrip dalam Kung Fu Panda , "Yesterday is History , Tomorrow is Mystery , But Today is a Gift . That's why we called it Present" . sangat bermakna, bukan ? :)

pp/s : yes , i miss you badly , capital L :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...