Dear Readers , Welcome To ZieZieQ's Official Blog . Do Respect Me As The Owner . You Follow Me , I Will Follow You Back . Mind Your Manners And Your Words . Thank You And Enjoy Reading

Ikut !

Friday, June 24, 2011

ini sebuah cerita .

semalam, hanya kita berdua . duduk di sana , lihat keindahan ciptaan Illahi .
syukur Alhamdulillah . semalam genap lah persahabatan kita 3 tahun .
rasa beruntung sangat sangat dapat sahabat macam awak .
tapi , kenapa yea . awak banyak diam je .
takpelah , mungkin awak penat dan saya faham awak .
saya banyak bercakap , bercerita tentang itu dan ini .
awak pula khusyuk mendengar dan ketawa mendengar cerita saya . indahnya rasa !
saya perasan , awak khusyuk pandang saya . saya malu lah awak :')

awak mungkin tidak tahu , saya suka awak .
sejak dari hari first kita bersahabat lagi . awak ikhlas kawan dengan saya .
sepanjang 3 tahun , awak tak pernah ambil kesempatan apa pun .
bersyukur sangat dapat kawan macam awak .
tapi , saya tak berani luahkan . sebab saya takut .
takut awak tak dapat terima saya . jadi , saya rela macam ni .

tiba tiba awak melepaskan pandang ke arah tasik . saya pelik .
saya tanya awak , awak okay tak .
awak diam je . kemudian awak tersenyum .
awak coretkan sesuatu di atas kertas . saya tekun memerhatikan tindak tanduk awak .
waktu tu , saya rasa macam indah sangat dunia , dapat lihat awak lama lama .
saya tahu itu semua salah , tapi saya tak boleh tahan diri saya .
saya rasa macam nak sangat luahkan pada awak betapa saya kagumi awak .

awak lelaki yang baik . sangat baik .
awak tak keluar malam , tak merokok . solat awak cukup .
awak hormat kedua ibu bapa awak , awak tekun belajar .
malah awak top student . saya kagum sangat ! tapi saya tahu .
adalah salah untuk bercouple . berdosa bukan ?
sedangkan berdua-duaan begini sudah berdosa .
awak tidak pernah sentuh saya . even tangan pun .
sebab awak pernah cakap ,
"Lebih baik ditusuk kepala dari bersentuhan dengan orang bukan muhrim"
tersenyum lega saya dengar kata kata awak .
bagi saya , awak insan yang perfect ! cuma .
satu sahaja kekurangan yang awak ada .

ye , kekurangan yang boleh buat saya hilang awak selama-lamanya.
awak penghidap kanser . dah tahap terakhir kan ?
tapi , awak kuat . sangat kuat .
awak kata , awak belum bersedia untuk pergi .
sebab amalan awak belum cukup . dan masih ada hal lagi awak tak settlekan .
saya faham , dan saya takkan berhenti menyokong awak .
saya sentiasa di sini , awak !

saya lihat , awak sudah habis mencoretkan sesuatu . awak hulur kertas itu .
awak kata , simpan dan baca kat rumah ye .
kita pun pulang ke rumah masing masing .
saya tidak sabar untuk baca apa yang awak coretkan . saya ingin pulang ke rumah dengan cepat .
dengan lafaz Bismillah , saya buka kertas itu . saya membacanya dengan tenang .

"awak , waktu awak baca ini . awak pasti sudah berada di rumah kan ? jangan tipu tau ! dosa . awak , saya cuma nak cakap . saya tahu , hayat saya dah tak lama . belakangan ini pun saya dah rasa lain . sakit kepala saya kerap datang . time saya tulis ini pun , kepala saya sakit sangat sangat . tapi , saya nak habiskan sisa hidup saya dengan awak . saya ingin berjumpa dengan awak mungkin buat kali terakhir .
terima kasih awak . sebab sudi jadi sahabat saya selama 3 tahun ini . banyak susah dan senang saya lalui dengan awak . awak sabar layan karenah saya . walaupun saya hanya sahabat awak . cuma , ada satu benda yang saya ingin awak tahu .
andai saya tidak tahu bila hayat saya akan berakhir . sudah pasti saya jadikan awak suri hidup saya . biar hubungan kita ini halal disisi-Nya. namun , saya tahu . pasti ada hikmah di setiap kejadian . mungkin awak berhak yang lebih baik . cuma satu pesan saya , bila saya dah takde , kenanglah saya sebagai kenangan indah awak yea :') "

awak ! mengalir laju air mata ini . membaca coretan awak . sungguh ikhlas .
saya malu nak hubungi awak . saya hanya diamkan diri . esok kan kita jumpa lagi .
jadi , saya diam sahaja . langsung tak hubungi awak .
namun , langkah saya silap . malam itu , saya dapat panggilan . dari ibu awak .
AWAK DAH TAKDE . AWAK DAH PERGI SELAMANYA .
mengalir air mata saya , awak ! kenapa sebegini cepat ?! saya tak patut mengeluh .
ALLAH S.W.T lebih sayangkan awak .
saya redha dengan pemergian awak .
cuma , saya terkilan . saya tak dapat beritahu perkara sebenar pada awak .
bahawa , saya ingin hubungan saya dengan awak , halal .
tapi , kini awak dah pergi . buat selamanya .

ini sebuah cerita . untuk pedoman kita bersama .
kadangkala , jangan lah kita terlalu sayangkan sesuatu . kerana ia akan pergi meninggalkan kita .
kadangkala , berterus terang itu adalah sebaik-baik langkah yang ada .
yang haram tetap haram . namun , janganlah jadikan ia norma .
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA .
kita semua manusia . tidak lari dari kesalahan .
manusia akhir zaman :')
sekian . assalamualaikum w.b.t .


Saturday, June 18, 2011

ABAH ! :)

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

sempena HARI BAPA dan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN bapa saya ,
encik HAMIDON BIN SEMAHON .
jadi saya menghasilkan sebuah entry tentang ABAH :')
semua orang ada ABAH .
ada yang panggil AYAH, PAPA, DADDY, WALID dan berbagai panggilan lagi .
tapi ABAH tetap 1 tiada duanya kan ?
tanpa insan bergelar ABAH , siapalah saya di muka bumi ini .
siapalah PERDANA MENTERI pada waktu ini , siapalah PENSYARAH pada hari ini .
tanpa ABAH , siapalah DOKTOR , siapalah AHLI POLITIK .
ABAH insan yang penting selepas IBU , kan ?
ABAH walaupun bermuka garang , namun hatinya lembut .

apakah kita tahu , saat kita bersuka ria . abah menangis memikirkan masa depan kita .
saat kita ulangkaji , abah mencari duit sana sini untuk menyekolahkan kita .
apa kita tahu , susah payah abah mencari sesuap nasi untuk kita .
apa kita tahu , betapa risaunya abah saat kita kecewa dengan keputusan exam kita sendiri .
apa kita tahu , betapa runsingnya abah dengan perangai kita selepas kita bercouple .
apa kita tahu semua itu ? apa kita paham apa yang abah rasa . sedarkah kita ?
saat kita bersama rakan , abah risau andai kita tersilap memilih kawan .
saat kita tetap dengan keputusan kita yang abah tak suka , abah risau andai kita tersilap langkah .
pernah tak sekali , kita fikir semua itu ?

ada yang pernah cakap , abah tak sayangkan dia .
sebab abah selalu marah dia . tapi , tahu tak ?
betapa sakitnya perasaan abah sewaktu marah kita .
abah selalu pukul kita kalau kita buat salah .
tahu kah kita abah menangis di malam hari memikirkan kesakitan itu .
sedar ke kita semua , anak anak abah masa ini ?
abah berhempas pulas , mencari rezeki untuk kita makan . rezeki HALAL !
hanya dengan lulusan SPM sahaja , abah mencari kerja sana sini .
hanya untuk menyekolahkan kita .
walaupun abah saya ada ijazah , saya tahu abah masih perit untuk membesarkan 6 orang anaknya ini .
walaupun abah seorang guru , saya tahu abah masih sulit untuk memberi kesenangan kepada 6 orang anaknya ini .
walaupun abah saya bergaji 4 angka , saya tahu masih sukar untuk abah memenuhi permintaan 6 orang anaknya ini .
besarnya pengorbanan seorang ABAH :')


abah , pengorbanan abah tetap saya ingat .
pengorbanan saya amat hargai .
pengorbanan abah saya sanjungi .
abah kan abah :')
abah , terima kasih untuk segalanya yang abah beri .
terima kasih untuk segala susah payah abah membesarkan saya ,
terima kasih untuk jerih perih abah menyekolahkan saya .
terima untuk segala pengorbanan abah .
saya minta maaf sebab selalu susahkan abah . saya minta maaf sebab selalu kecewakan abah .
saya minta maaf sebab buat abah malu . saya minta buat abah marah .
saya minta maaf untuk semuanya abah ! :')
last word ,
I LOVE YOU MORE THAN WORDS , ABAH ^^

i LOVE them ! <3

SELAMAT HARI ABAH , AND HAPPY 55th BIRTHDAY, ABAH ! :)


Friday, June 17, 2011

Minggu Pertama Bergelar Student Tahun 2 Dip Di UTHM

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ^^

tajuk yang complete kan ? ahahahaha .
minggu 1st sangat teruja . dan memenatkan . dengan jadual yang tak berapa best (pada mulanyalah)
sepanjang minggu ni , macam macam pengalaman telah aku lalui bersama kawan kawan aku .
mula bergelar pelajar tanpa asrama .
hidup jadi sangat sangat berdikari apabila kena buat semuanya sendiri .
subjek yang menarik walaupun hardcore ! wish me can do my best yea !
well , so far so good . maybe . awal awal lagi dah dapat assignment yea .
sungguh express rakyat . HIHI . tapi semua still under control .

rumah sewa aku terletak lebih kurang 1 kilometer setengah dari UTHM .
di parit haji rasipan . aku agak pelik bila ramai tak jumpa tempat tuh . HIHI
rumah biasa , ala ala kampung sikit . tapi okay lah . cume tengah hari agak panas
bukan agak tapi sangat panas . okay ? HIHI
mula masak sendiri , mula buat itu ini dengan sendirinya .
wehee~ housemate juga okay lorh walaupun selalu berantem dengan dea halim .
ahahaha berangan nak beli kereta kunun :p
rumah hanya menempatkan 6 orang antaranya
aku , Dea , Kak Ira , Dewi , Liza dan Tey . 4 student IT 2 student Civil .
mereka semua sporting dan very understanding . HIHI

sejak bergelar student luar , mula busy dengan aktiviti harian . busy ? agak lah .
pagi pagi sudah bangun kerana kelas mula jam 8 atau 9 .
jalan kaki menuju jalan besar . tahan bas luar .
atau bas lompat lompat .
sudah mula bermesra dengan pakcik drebar bas perwira .
sudah mula belajar berbaik dengan semua orang .
sudah mula excercise jalan kaki pergi kelas .
banyak perubahan positif malah kini aku lebih yakin .
yakin ? yakin ke ? HIHI

yang best kan , subjek subjek untuk sem ini .
Konsep Multimedia , Data Struct , and berbagai lagi *mempunyai masalah ingat nama subjek*
aku harap sem ni , aku dapat jadi lebih aktif . sebabnya kan , aku nak juga jadi macam student lain
pergi sana sini , buat itu ini . seronoknya lah kan ? ingat nak masuk SISPA balik tapi . . .
okay tukar topik . 
jumpa beberapa orang kawan lama yang kini sama sama bernaung di bawah satu U .
Adib dan Ain . 2 2 junior lah kiranya . Adib course Mechanical dan Ain 1 course dengan aku iaitu IT .
dapat junior yang sempoi macam mereka . memang terbaik lah ! ^^
tapi U nampak kosong sebab takde budak degree kan . tapi takpe lah .
meriah tetap meriah kan ?
pembangunan U semakin pesat dan aku semakin bangga bergelar student UTHM .
walaupun namanya belum GAH . tapi cukup GAH di hati aku .
*ayat nak poyo saje -,-'*

okay lah kot . cukup sampai sini dulu bercerita mengenai pengalaman minggu pertama .
HIHI ^^ penat sudah .

err , untuk awak . ye awak capital A . kalau kau rasa bengang dengan aku , kau remove je aku ye . kalau tak pun , kau block aku terus lah kan . aku pun malas nak hadap muka kau kat home page aku . aku pun tak tahu apa salah aku sampai kau rasa kau perlu post status macam tuh . fine fine fine . aku tak buat dah weh . ingat aku batak sangat ke ? ececece teruskan lah usaha awak tuh ye . bai ! ^^

ops , tersentap sekejap . okay lah . papai ~

peace no war :D


Thursday, June 9, 2011

kau rasa kau hebad ? mai baca ni ^^

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

tiba tiba tangan nih rajin pula menari nari di atas keyboard lappy .
alahai , lambat lambat aku update kan ?
aku rasa lepas ni , aku nak update 1 bulan 1 kali .
kira okay lah dari ta update langsung kan ?
dan sebenarnya title takde kaitan pun dengan entry . saje nak tarik ramai orang baca
wahahahahaha ! (ketawa kejam)

sebenarnya sambil aku menaip ni aku dengar lagu.
lagu apa ? macam macam lah . dan aku tiba tiba terberangan ,
contoh kan , macam lagu Senyum kan . aku bayangkan aku tersengih-sengih .
alahai sopannya anak dara tersengih macam kerang busuk . damn damn -,-'
Senyum , tak perlu kata apa apa .
okay sebut lagu nih , teringat dekat kawan FB aku . siapa ?
Dee Irdaniey . sebab baru je tegur dia tadi . ahahahaha walaupun dah lama add dia .
suka style dia . lain dari yang lain . ahahaha :D
*p/s : dia bukan lelaki , dia bukan perempuan . jadi siapa dia ? ^^

okay now dengar lagu ITULAH SAYANG . okay betul betul suka suara YUNA .
dah jadi lagu peberet aku dah sekarang . muahahahaha !
betul ke kalau blogger gadis , tak sopan bahasakan diri aku dan panggil korang dengan panggilan korang ?
jadi , perlu ke jadi hipokrit dalam blog ? TIDAK ! blog tempat kita meluahkan . kalau ada yang nak baca , bacalah . tanak baca , boleh blah . tak perlu nak jadi orang lain .
kan ? just be yourself kan lebih senang . so lepas ni aku nak guna kata ganti nama AKU sahaja .
kan senang . mudah dan simple . kenapa aku tak terfikir sebelum ni ? damn damn~
okay esok dah pulang ke parit king. aku MALAS ! malas nak start kelas . malasnyaaaaaaaa !
nampak tak kemalasan aku di tahap apa sekarang ?
barang semua tak beli lagi . dan bergelar PELAJAR TANPA ASRAMA . sungguh tidak seronok !

aku sebenarnya tak tahu nak taip apa lagi . kejap kejap . fikir fikir . okay dah .
pernah ta hadapi situasi , perasaan nak update membuak buak !
tapi bila depan lappy , dah sign in . tiba tiba perasaan tu mati pucuk macam tuh je .
pernah ? mesti pernah kan . okay itu yang aku alami sekarang .
okay lah . sampai sini saja . sila marah sekarang ! ahahahaha
excited korang bukak blog aku nak baca , tiba tiba entry hampeh . maaf ler . tak sengaja . ehehehe :D

kita jumpa di lain entry . daa ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...