Dear Readers , Welcome To ZieZieQ's Official Blog . Do Respect Me As The Owner . You Follow Me , I Will Follow You Back . Mind Your Manners And Your Words . Thank You And Enjoy Reading

Ikut !

Wednesday, September 28, 2011

crying

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

bukan niat aku untuk cerita benda personal tp aku nak jugak cerita sebab aku terasa mcm takde dah tempat mengadu . atau mungkin sebab dah terlalu lama aku tak menangis jadi inilah padahnya . aku memang rasa nak nanges . aku bukan minta simpati atau apa . aku cuma nak luahkan apa yang terbuku . boleh tak ? aku terpaksa bukan aku sengaja . kalau dulu , ada yang sudi dengar aku nanges . kini ? siapa je ? terpaksa pendam rasa sorang sorang . oh , hati kenapa kau begitu hiba ? :( aku nak jadi diri aku yang satu lagi . aku nak buang sangat perasaan aku yang satu ni . kenapa aku begitu sensitif . 

banyak perkara berlaku kebelakangan ini . aku pun tak tahu kenapa . setiap apa yang berlaku , semuanya mengusik naluri aku . mungkin betul . hidup manusia ada pasang surutnya . aku pun cuma boleh redha dengan putaran hidup yang satu ni . ahhh , aku terlalu sensitif barangkali . tp . salah ke aku ? kehilangan tempat mengadu . maksud aku , aku kehilangan kawan yang betul betul boleh dengar masalah aku . aku perlukan seseorang untuk jadi pendengar yang setia . mcm zaman sekolah dulu . tp , semua tu aku tak dapat sekarang . ada memang ada . tapi , dia . hmmm .

ah , bila time mcm ni . aku terkenang . ada sekali tu , aku terasa nak sangat menangis . sehingga air mata aku ni , tanak berhenti mengalir . waktu tu , hanya seorang yang boleh aku cari . dan dia tetap ada untuk aku . dia sudi dengar aku nanges. sudi call aku berjam jam hanya untuk dengar aku nanges . dunia dunia . dia pun dah busy dengan life dia . takkan aku nak ganggu dia hanya untuk dengar aku nanges ? kenapa aku kena nanges ? kenapa dan mengapa ? mungkin aku dah tak kuat ? mungkin~

sudahlah . aku cuma nak luahkan tu je . aku nak MENANGIS . tp aku dah hilang orang yang boleh dengar aku MENANGIS . aku rindu :'(


Friday, September 23, 2011

Sudah Berakhir ?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

aku sebenarnya tak suka tengok jumlah post aku lagi banyak dari followers aku . sebab tuh aku jarang update . okay boleh terima tak alasan ni ? baik terima cepat ! argh bosan o.O ! ada orang kata tumblr lagi best dari blogger . yeke ? nak jugak try tumblr tp aku tak tahu kenapa mcm berat hati je nak create tumblr . almaklumlah , blog pun jarang jarang update . demmmmm . time aku taip ni , aku sorang sorang . siapa nak temankan akuuuuuuuu ?!

sekarang semua bising pasal facebook punya interface yang baru . dah ala ala twitter cuma tak sama . well , aku tergolong dalam salah seorang yang condemn juga tp bila difikirkan balik , kenapa perlu condemn ? macam ni , korang condemn macam mana pun , korang tetap jadi pengguna facebook tegar ! walaupun facebook dah takde privacy . but, face the truth . IT IS A SOCIAL NETWORK lah brader . kalau nak privacy , nyahkan saje facebook tuh . baik tak payah panggil social network kalau semua nak private . betul tak ? baik korang cakap betul ! hahahaha *kesan bosan*

next aku nak persoalkan tentang manusia zaman ini . atau lebih tepat lagi bagi muslim muslimat . aku tahu aku takde baik mana . cuma aku pelik bila seorang ni , dia tak bertudung then dia cakap mcm ni , "eleh budak tuh bertudung tapi mulut cam *^%^%*&*& baik tak payah" dan "tak semua orang bertudung tu baik" . okay apa yang aku nak sampaikan adalah ini sebenarnya , MENUTUP AURAT SATU KEWAJIPAN . sekurang-kurangnya , dia dah terlepas satu dosa iaitu dengan menutup auratnya . tidak ada lah seksaan di neraka nanti kerana tidak bertudung . aku nak cakap banyak pun tak boleh sebab aku pernah cakap benda yang sama . cuma kita menginsafi diri dan kita sendiri sedar . ya , aku sedar lepas terbaca satu kome hamba ALLAH ni . alhamdulillah :)

bertudung sebab fashion ? niat pun dah salah brader . setiap benda yang kita lakukan ada lah bermula dari nawaitu kita. kita niat baik, insyaAllah baiklah kan ? kalau niat dah tak betul , mcm mana nak dapat kebaikannya ? memang , kalau niat sahaja tanpa buat kita tak dapat dosa . lihat , betapa mudahnya ISLAM . hanya dengan niat baik kita dapat satu pahala . tapi kalau dah niat pakai tudung tuh bukan atas sebab ALLAH S.W.T , fikir balik wahai sahabat . kita hanya takut padaNYA . segala apa yang kita lakukan hanya untukNYA . jangan jadi hamba fashion semata :)

tidak semestinya menutup aurat itu membataskan pemakaian . jangan kata bertudung labuh tidak boleh memakai blous . jangan kata bertudung labuh tidak boleh bergaya . anda silap ya sahabat . begini , berfashion adalah tidak salah asalkan masih berlandaskan hukum agama kita iaitu ISLAM . mudah sahaja ISLAM ini jika dihayati . tidak percaya ? dekatkanlah diri denganNYA . mohon petunjukNYA . insyaALLAH :)

dunia akhir zaman . kita mengata orang sedangkan diri sendiri masih tidak sempurna amal . dalam diam kita melakukan dosa tanpa kita sedar . kadangkala kejujuran itu mendatangkan riak . berhati hati dalam memilih perkataan yang ingin dilontarkan . berkawan selagi kita boleh dan jangan pernah hapuskan kepercayaan kawan kita pada kita . hidup tak sentiasa gembira . hidup tak sentiasa bahagia . sekali kita diuji , insyaALLAH besar kurniaanNYA :) insyaAllah .

eh , nampak sangat dah lari tajuk . cuma nak beritahu , SEMESTER 3 sudah berlalu . hnya tinggal final exam . so , wish me luck . cuak cuak cuak ! tapi , kita kena yakin kan ? all the best sahabat seperjuanganku~ ^^,

Monday, September 5, 2011

Kesan Buruk Akibat Cuti

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

see, aku dah tukar layout semua sebab BAPAK GULA (abah aku) tertengok blog aku lantas dia kata, "kenapa guna warna dan tulisan yang menyakitkan mata orang?" okay aku kena lagi. aku mengalah sebab bapak gula aku cikgu seni .jadi dia lebih mahir. yeah, header chomot pun dah ditukar. danbo je masih kekal di tempat asal. abaikan muka aku yang konon jadi photographer tp gmbr semua penyet -.-' pfft~

saje semak letak gmbar nih . kbai~

kesan buruk akibat cuti ? banyak bro . aku sendiri alaminya apatah lagi cuti raya kan . memang ramai tak puas hati lah . kenapa ? korang tanya aku kenapa ? *kenapa aku suka cakap sorang sorang padahal aku tahu korang tak tanya pun kan ?* aku pun tak tahu . kdiam~ sebenarnya sekarang ni aku kat library konon nak buat kerja padahal sibuk online dan main cafe life . pfft~

  •  Perasaan malas untuk ke kelas sudah berleluasa . aku nak cakap , korang tipu kalau korang cakap korang teruja nak g kelas lepas cuti yang panjang . baik korang ngaku je lah . sebab aku rasa benda yang sama sekarang ni . aku malas je nak g kelas tp memikirkan masa depan , aku rela pergi kelas . dah aku merapu . bila dah biasa buat benda yang tak biasa , benda yang biasa buat pun jadi tak biasa . korang paham kan ?
  • Asyik terbayang bayang rumah je. bayangkan tengok tibi, tidur bawah ketiak ibu, makan masakan sedap sedap, bapak gula bawa ke sana ke mari, gaduh dengan siblings sampai bengkak mata (menangis) dan macam macam lagi lah. kan kan kan ? lepastu mula lah mengeluh huu sana huu sini~ ohh manusia memamg mcm ni~
  • Tidur lambat tp bangun tanak awal. okay itu memang dah jadi kebiasaan. pasang alarm pun tak guna sebab bunyi alarm memekak mekak lagu Dynamite , aku terus tekan button stop lepastuh terbongkang balik memang tak senonoh anak dara sekarang. kenapa Dynamite ? aku pun tak tahu kenapa~ ulalalalalala :3
  • masa makan dah terabur padahal sama je time cuti pun terabur jugak sebab time cuti asyik makan tak henti henti sebab bapak gula dan mak gula bekalkan makanan untuk sepanjang cuti tak henti henti. okay diam dan aku rasa memang berat aku dah makin naik dan naik tp sekarang aku lapar tp tak boleh makan sebab sakit perut . sedih sekejap eh tak bukan sekejap tp lama . wuu wuu~
dah penat nak perah otak fikir ayat songsang ayat pasif ayat aktif ayat kerja ayat suruh semua . ahh kenapalah time kelas BM dulu aku selalu berangan aku jadi cikgu BM. sekarang tak layak dah jadi cikgu BM wuuu sedih . ehhh sudahlah merapu malah pendek je entry ni. pernah ke entry panjang dalam blog ni ? aku bukan apa , kesian sesiapa yang baca blog aku sebab kena baca ayat panjang panjang *alasan*

ohh ohh aku lupa aku lupa ! hari tu kawan aku ajar aku makan Hot & Roll . okay sangat sehdap sebab BP sekarang makin maju semua kedai makan dah ada . even DOMINO's Pizza pun dah ada okay aku tahu memang ketinggalan tp bagi PENCINTA MAKANAN mcm aku , memang aku rasa mcm teruja gila sebab dah ada semua tuh . errr makin lapar -.-'

ni bukan aku amek pic tp aku curi dari google dan dari blogger fehmes Liyana Lunyai . Paratha BBQ chicken sehdap ! Crispy Chicken & Cheese pun sehdap . aww sedapnya ! nak lg -.-' ni pun tergolong dalam salah satu kesan buruk akibat cuti ya :p

okay lah . kbai~ pfft ^^,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...